Pages

Worth My Time

Hari Raya Pertama

Hari raya pertama tak kemana cuma beraya dirumah sedara mara sebelah ayah, mula raya lepas solat jumaat terus pergi kubur atuk dan nenek. Setengah jam lepas tuh baru gerak ke rumah makcik aku yang pertama dan seterusnya ke akhir. Pukul 6 setengah sampai rumah penat seyh. Rehat jap, malam kang rumah kene serbu dengan sedara mara. Macam biasa lah der. Lebih baik datang sekali ramai-ramai dari datang sekumpulan-sekumpulan. haha.. malam tu aku dengan adik beradik aku mula kan operasi proses menyiapkan makanan dan minuman, masing-masing dah dibagi tugas masing-masing. haha. aku diberi kepercayaan kepada ibu untuk masak, haha wa cakap same lu der.



kakak aku basuh pinggan biar tangan dia kasar kene air. haha. adik aku keje buat air tak habis2. tq2 all kalau tak ada korang sapa nak tolong aku. aku lah buat air, aku lah basuh pinggan. Sayang korang ketat-ketat. Aku masak 10bungkus mee. Caye tak caye pun korang kene percaye gak ah an. Sedap tak sedap uh belakang cerita lah. Pukul 12.30 ada gak yang datang lagi. Aku dah lemau ah, penat seyh macam keje kat kedai makan haha. Sambil-sambil gayot tertidur pulak dah. Aku msg kakak aku pesan kat dia kalau orang semua dah balek kejut aku, tapi hampeh aku tersedar sendiri. Bangun-bangun tengok dia pun tengah terbongkang kat dalam bilik dia lak pesan kat adik aku suh kejot. Haish....... Aku bangun terus kemas-kemas, lap-lap meja. Ya rabbi dorang nih mengalahkan bebudak makan. Haih..... haaaa mengeluh aku. Lepas kemas-kemas tidur lah ape lagi penat kot.


0 comments:

Song

h